Saturday 21 March 2015

Masjid Kampung Laut


Sejarah Kampung Laut
  • Kehadiran Syed Husein Jamadil Kubra bersama 6 orang yang lain belayar ke sebuah negeri. Suatu ketika kapal Syed Hussein Jamadil Kubra, Adiwira, telah hampir karam kerana di pukul ombak dan terdampar di sebuah pesisir tanah. Kawasan sekeliling pada waktu ini dipenuhi dengan hutan belantara. 
  • Dengan keadaan kapal layar yang rosak teruk terpaksalah mereka mendarat di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, baginda bersama rombongan telah melihat seekor tupai telah memakan rebung buluh betung, lalu baginda mengatakan kita semua makan rebung buluh betung itu tetapi selepas makan rebung ini baginda telah bersumpah selepas ini sesiapa anak cucu dan warisanku yang makan rebung buluh betong akan jadi gila kehendakNya. 
  • Tatkala itu, baginda dan rombongan lain telah melihat suatu kejadian aneh selepas melihat kumpulan besar ikan kekacang sedang menampal pada cebisan-cebisan papan dan kayu kapal baginda menjadi elok. Selepas 2 kejadian ini, baginda bersama rombongan lain telah melakukan solat sunat syukur dan mereka telah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Kampung Laut. 


Kedudukan Asal Masjid Kg.Laut
  • Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut.
  • Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. 
  • Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. 
  • Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun,hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula.
  • Sehingga terdapat beberapa bahan asal masih boleh di lihat di Masjid Kg. Laut Baru di tapak asalnya di Kg. Laut,Palekbang,Tumpat.
  • Kini kolah asal yang diperbuat dari batu granite masih lagi boleh digunakan sebagai storage untuk jemaah mengambil wuduk. Asalnya terdapat 2 buah kolah,satu dapat diselamatkan dan satu lagi tenggelam dalam Sg. Kelantan.Mimbar masjid masih digunakan sampai sekarang dan juga beduk

                        

                                 Masjid Kampung Laut 1966, (Tapak lama)   

                               
Masjid Kampung Laut (Tapak Baru)
  • Masjid yang sekarang dibangunkan semula di Nilam Puri, aslinya terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan, di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu.
  • Adalah dipercayai bahawa masjid ini menjadi masjid tertua di negeri Kelantan, meskipun tarikh ia dibangunkan tidak diketahui. Ada dugaan yang menyatakan bahawa masjid ini telah dibina sejak lebih 300 tahun yang lalu. 
  • Reka bentuk bangunannya agak unik dan berbeza daripada reka bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang lain. 
  • Ada yang menyebut bahawa reka bentuk masjid ini mirip atau hampir manyerupai reka bentuk sebuah masjid tua di Demak, Jawa Timur. 
  • Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, usaha-usaha  memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu. Bangunan masjid ini telah dibina semula, seberapa yang boleh, menurut reka bentuk asalnya.

                                   
                                   
Gambar Terbaru: Masjid itu telah dipindahkan dan dibina semula di kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, di selatan Bandar Kota Bharu kerana banjir besar telah melanda Kelantan pada tahun 1966 dan menyebabkan masjid tua ini mengalami kerosakan yang menyebabkan tapak masjid ini hampir jatuh ke dalam Sungai Kelantan,


Kerosakan Pada Masjid Kampung Laut




  • Bah Merah turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.
  • Ketika banjir besar itu, imam tua Masjid Pasir Pekan ketika itu, Allahyarham Wan Ahmad Wan Abdullah dikatakan terlihat mimbar masjid hampir dihanyutkan arus. Beliau dan beberapa orang lain berjaya menyelamatkannya dan mimbar itu dibawa pulang ke Masjid Pasir Pekan, Tumpat dan digunakan hingga sekarang.
  • Oleh kerana bangunan masjid ini terletak di tepi Sungai Kelantan yang sentiasa banjir, maka ia sangat terdedah kepada bahaya atau ancaman kemusnahan. 
  • Pada waktu banjir besar melanda negeri Kelantan pada bulan ]anuari 1967, sebahagian tapak kawasan masjid ini telah jatuh ke dalam sungai menyebabkan kedudukan masjid jadi senget dan goyah. 
  • Penguabahsuaian dilakukan ke atas masjid ini terutamanya di bahagian anjung atau serambinya dan bahagian bilik mengambil air sembahyang, namun rekabentuk dan bahan yang digunakan tetap sebagaimana bangunan asal. 

Seni Bina Masjid
  • Masjid Kampung laut mempunyai reka bentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak.
  • Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. 
  • Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan. Lapisan bawah diibarat penuh dengan kekotoran, makin ke atas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari sebarang bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.
  • Kemahsyuran rekabentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek/ bertingkat) menirus ke atas, buah gutung dan menorah adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan.
  • Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri. Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya. Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian bangunan. Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dan alam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai.
  • Bahagian utama masjid ini terdiri daripada pelan berbentuk segi empat yang dilitupi dengan bumbung piramid yang disusun secara tiga tingkat. Bahagian bumbung yang paling atas ditinggikan sedikit arasnya dan diletakkan tingkap bagi memudahkan pencahayaan. 
  • Bumbung ini dihiasi dengan motif ukiran buah betung. Bumbungnya berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bentuk bumbung masjid-masjid di negeri Melaka. Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. 
  • Keseluruhan lantai masjid ini ditinggikan lebih kurang satu meter dari aras tanah.
  • Ia tidak dilengkapi dengan serambi sebaliknya dikelilingi oleh dinding panel yang diperbuat daripada kayu pada bahagian dalamannya. Dinding panel tersebut ditebuk dan dijadikan bukaan bagi pintu dan tingkap.
  • Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.
  • Pengubahsuaian kemudiannya dijalankan dan sebuah ruang yang digelar balai lintang ditambah pada bahagian tepi masjid tersebut bertentangan dengan dinding mihrab dan ruang serambi besar juga turut disambungkan. 
  • Dua buah ruang yang baru dibina ini didirikan rendah sedikit dari aras bahagian utama masjid tersebut. Ruang serambi kemudiannya ditambah pada bahagian timur masjid tersebut dan dikenali sebagai wakaf.
Sudut Pandangan  Masjid


                                           
Tempat Utama Solat Masjid Kampung Laut


Atap Bumbung Masjid


Rujukan

Mohamed Roelan Abdul Malek, (1998). Kesan Sejarah dan tempat-tempat menarik : Negeri Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya : Oscar Book International.
Asmad, (1987). Siri Lambaian Nusa : Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
http://itunini.blogspot.com/2014/12/bah-merah-tragedi-banjir-besar.html
http://rakanmasjid.com/masjid-kampung-laut-tumpat-kelantan/
http://ajae7.blogspot.com/2012/12/sejarah-masjid-kg-laut-kelantan.html
http://munahamzan.blogspot.com/2013/01/sejarah-masjid-kampung-laut-nilam-puri.html

2 comments:

  1. Ya.. alhamdulillah masjid maseh lagi selamat. Sept 2020 lepas usaha memindahkan balik ke lokasi asal telah dibuat sehingga Jan 2022.

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya ambil data-data di atas untuk bahan assignment saya ye.. Moga cik/ puan di murahkan rezeki. Amin

    ReplyDelete